Pagi ini kami membersihkan laman rumah Madam Lee di Indera Mahkota 3 dekat dengan PUSPAKOM Kuantan. Rumah Madam Lee tak lah bersemak sangat tapi memang ada rumput lalang kat rumah beliau ni.
Jadi apa yang kami buat kami potong semua bagi rapat ke tanah, sapu & cuci semua.
Kat rumah Madam Lee ada sikit rumput karpet, jadi yang bahagian rumput karpet tu kami tak lah rapat kami potong rumput tu. Nanti tak berapa cantik lah pula. Kami potong rumput tu just nice je bagi sedap sikit mata memandang.
Madam Lee ni regular customer kami. Tiap bulan memang dah set ke rumah dia.
Sebelum ni ada sorang pak cik yang dekat dengan rumah dia yang potongkan. Tapi sekarang pak cik tu tak buat dah. Tak larat agaknya.
Kalau anda ada masalah serupa (susah nak cari orang yang boleh trim laman kasi cantik tiap bulan), call kami. Kita set dalam calendar, cukup masa kami datang. Mudah cerita.
Laman bersih, kepala pun tak pening. Nak mesin rumput boleh, nak meracun pun boleh.
Servis potong rumput ni kami buat satu Kuantan. Dari Gambang sampailah ke Gebeng (so far paling jauh kat Gebeng lah kami potong rumput. Kat Balok Perdana tu).
Harga kita blh bincang. No problem. Jauh mana pun kami tak caj pengangkutan kecuali kalau keluar daerah. Yang tu kita boleh buat bincang.
Perlukan khidmat potong rumput di Kuantan? Call kami
019 917 3947 (Firdaus)