Pagi tadi kami mulakan servis potong rumput di rumah tuan Izat di Balok Perdana.
Ini merupakan kali ke-3 kami ke sini. Kali pertama kami ke sini pada bulan Disember 2018.
Ramai yang tanya sampai mana kami pergi untuk potong rumput?
Buat masa ini kami fokuskan kerja pembersihan laman (potong rumput, meracun, tebang pokok & tanam rumput karpet) di sekitar Kuantan & Kuala Lumpur.
Untuk kawasan Kuantan kami cover dari Gambang ke Gebeng & Pantai Sepat. Ini bermaksud kami cover satu Kuantan. Untuk lokasi yang jauh sikit seperti Sg Ular misalnya, aka nada caj tambahan untuk pengangkutan.
Berbalik kepada rumah Tuan Izat tadi, kami biasanya akan jadualkan trip ke sini untuk potong rumput pada hujung bulan. Kali ini Tuan Izat minta untuk tebangkan sekali pokok mempelam yang sudah mati di tepi rumah. Pokok ubi kayu yang sudah tinggi di belakang rumah pun beliau minta untuk trimkan.
Alhamdulillah walaupun laman rumah beliau agak besar tapi bila dah selalu maintain laman ini jadi kerja pembersihan kali menjadi lebih mudah.
Harapnya pada akan datang kami boleh tanamkan rumput karpet di laman rumah tuan Izat ini. Mesti nampak cantik.
Jika anda perlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami untuk pertanyaan lanjut.
Kami akan bantu anda untuk dapatkan laman yang hijau, kemas & sedap mata memandang.
Perkhidmatan yang kami tawarkan termasuk potong rumput, meracun rumput, tebang pokok, merumpai & khidmat tanam rumput karpet di sekitar Kuantan.
Cari kami di media sosial :
www.empayarlawn.com
Twitter : https://twitter.com/empirelawn
Facebook : https://web.facebook.com/Empire-Lawn-Services-931179443608117
InsInstagram : https://www.instagram.com/empirelawnservices