potong rumput

PERTAMA KALI POTONG RUMPUT DI BALOK BARU

Dua hari lepas kami ada terima call daripada Tuan Kamarul yang minta Empire Lawn Services untuk potong rumput di laman rumah beliau. Jadi kami aturkan ke sana semalam untuk bersihkan kawasan laman rumah beliau.

Ini first time kami datang ke kawasan Balok Baru. Untuk kawasan Balok Makmur memang kami biasa datang ke sana untuk potong rumput. Kawasan ini basically kawasan yang extended dari kawasan Balok tapi dah sampai ke belah Bypass.

Kami sampai di sana dalam pukul 10 pagi dan terus cabut rumput-rumput besar yang boleh menghalang kerja-kerja potong rumput.

Biasanya halangan seperti kayu, baju lama yang jatuh atas tanah, batu rumput yang dah tebal dan lain-lain mesti dibuang dahulu. Sebab kalau tidak dibuang ia akan melambatkan kerja-kerja memotong rumput.

Belakang rumah yang dah bersemak
View tepi rumah dari bahagian belakang
View bahagian tepi rumah dari depan
Kawasan depan rumah yang dah naik rumput

Selepas 2 jam, kami siap bersihkan laman rumah tuan Kamarul. Inilah hasil selepas kerja potong rumput dilakukan.

Nampak kemas sikit
Kami potong rapat ke tanah
Hasil selepas pembersihan
Pokok serai & nenas kami tinggalkan
Porch rumah pun kami bersihkan sekali

Tuan Kamarul pun suka dengan kerja kami. Alhamdulillah.

Testimoni dari tuan Kamarul.

Sekiranya anda perlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami untuk pertanyaan lanjut.

Jika anda gunakan perkhidmatan potong rumput daripada Empire Lawn Services, Kami akan bersihkan longkang, porch & pavement anda sekali.

Servis kami 7 hari seminggu (Isnin – Ahad) dan kami cover satu Kuantan. Call kami untuk booking slot ke rumah anda. Book awal (3 hari atau 1 minggu awal) ya sebab jadual kami cepat full.

Andai kata tuan/puan menjadi pelanggan tetap kami (langganan tiap bulan atau 2 bulan sekali), kami akan letakkan tuan/puan dalam priority list kami. Jadi kami akan sentiasa utamakan anda bila sampai masa untuk maintain laman rumah. 

Janji kami adalah anda akan dapat laman yang bersih, kemas & sedap mata memandang.

CALL 019 917 3947 (FIRDAUS)

Kami juga menawarkan servis meracun rumput, tebang pokok, merumpai & perkhidmatan tanam rumput karpet di sekitar Kuantan.

Cari kami di media social :

www.empayarlawn.com

Twitter : https://twitter.com/empirelawn

Facebook : https://web.facebook.com/Empire-Lawn-Services-931179443608117

Instagram : https://www.instagram.com/empirelawnservices

potong rumput

POTONG RUMPUT DALAM HUJAN DI BUKIT SETONGKOL

Pagi semalam kami Empire Lawn Services ke Tadika Ulum Bukit Setongkol, Kuantan untuk potong rumput laman tadika tersebut. Tadika ini ambil 2 lot Semi-D, jadi ruangnya agak besar.

Masa kami sampai cuaca nampak agak mendung tapi tak ada tanda-tanda seperti nak hujan. So, kami mulakan kerja-kerja potong rumput secepat mungkin.

Lepas dalam 1 jam kami mesin rumput, hujan mula turun renyai-renyai which is not a good sign. Sebab biasanya kalau hujan renyai-renyai turun dulu, memang akan hujan lebat for some time lepas itu.

Dan memang itu yang jadi. Hujan turun mencurah-curah. Baju kami memang habis basah lencun. Untuk beberapa ketika, kami berhenti dulu mesin rumput dan tunggu cuaca cerah balik.

Untuk potong rumput dalam hujan sangat tak ideal. Sebab rumput memang susah nak putus dan kalau putus pun, rumput tu tak nampak cantik sebab tak sekata. So kami tunggu lah dalam 30 minit.

Alhamdulillah dalam pukul 11 hujan berhenti dan kami boleh teruskan kerja-kerja potong rumput.

Semuanya siap dalam pukul 12.30 tgh hari termasuk bersih longkang. Jika anda gunakan perkhidmatan potong rumput daripada Empire Lawn Services, Kami akan bersihkan longkang, porch & pavement anda sekali.

Sekiranya anda perlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami untuk pertanyaan lanjut.

Servis kami 7 hari seminggu (Isnin – Ahad) dan kami cover satu Kuantan. Call kami untuk booking slot ke rumah anda. Book awal (3 hari atau 1 minggu awal) tau sebab jadual kami cepat full.

Kalau anda menjadi pelanggan tetap kami (langganan tiap bulan atau 2 bulan sekali), kami akan letakkan anda dalam priority list kami. Jadi kami akan sentiasa utamakan anda bila sampai masa untuk maintain laman rumah. 

Janji kami adalah anda akan dapat laman yang bersih, kemas & sedap mata memandang.

CALL 019 917 3947 (FIRDAUS)

Antara servis lain yang kami tawarkan ialah potong rumput, meracun rumput, tebang pokok, merumpai & khidmat tanam rumput karpet di sekitar Kuantan.

Cari kami di media social :

www.empayarlawn.com

Twitter : https://twitter.com/empirelawn

Facebook : https://web.facebook.com/Empire-Lawn-Services-931179443608117

Instagram : https://www.instagram.com/empirelawnservices

potong rumput

POTONG RUMPUT DI TAMAN SATELIT BESERAH

Pagi tadi kami ke rumah Cikgu Nik Mawar di Taman Satelit di Beserah. Dah agak lama kami tak ke sini. Hampir 3 bulan dah. Sebab itu rumput liar agak tebal di laman rumah ini.

Cikgu Nik Mawar biasanya akan merumpai sendiri rumput-rumput di rumah beliau. Tapi sebab sekarang ini dah masuk musim peperiksaan, jadi beliau agak sibuk untuk uruskan laman rumah.

Di sinilah kami mainkan peranan. Kami bukan hanya menyediakan khidmat potong rumput, tapi pada masa yang sama membantu anda pastikan laman rumah anda terjaga tanpa anda perlu sakit kepala.

Kami mula kerja-kerja potong rumput sekitar jam 9.30 pagi & siap pada jam 12.50 tgh hari.

Oleh sebab harini hari Jumaat, jadi kami rushing sikit untuk solat. Tapi servis pastinya kami berikan yang terbaik.

Alhamdulillah tuan rumah berpuas hati dengan servis kami.

Feedback positif dari Cikgu Nik Mawar

Jika anda perlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami untuk pertanyaan lanjut.

Servis kami 7 hari seminggu (Isnin – Ahad) dan kami cover satu Kuantan. Call kami untuk booking slot ke rumah anda. Book awal (3 hari atau 1 minggu awal) tau sebab jadual kami cepat full.

Kalau anda menjadi pelanggan tetap kami (langganan tiap bulan atau 2 bulan sekali), kami akan letakkan anda dalam priority list kami. Jadi kami akan sentiasa utamakan anda bila sampai masa untuk maintain laman rumah. 

Janji kami adalah anda akan dapat laman yang bersih, kemas & sedap mata memandang.

CALL 019 917 3947 (FIRDAUS)

Antara servis lain yang kami tawarkan ialah potong rumput, meracun rumput, tebang pokok, merumpai & khidmat tanam rumput karpet di sekitar Kuantan.

Cari kami di media social :

www.empayarlawn.com

Twitter : https://twitter.com/empirelawn

Facebook : https://web.facebook.com/Empire-Lawn-Services-931179443608117

Instagram : https://www.instagram.com/empirelawnservices

potong rumput

POTONG RUMPUT DALAM HUJAN

Semalam kami ke rumah Puan Rene di Bukit Damansara, Kuala Lumpur untuk kerja potong rumput. Memang dah jadi rutin kami untuk datang sini tiap bulan.

So nak jadikan cerita sekarang ni kan jerebu teruk sampai banyak sekolah tutup, tapi kami still datang juga untuk potong rumput di Bukit Damansara ni. Tak kiralah apa jua cuaca, kami still akan datang rumah yang dah booking untuk potong rumput. Unless memang dah tak ada option lain, barulah kami tunda. Kami tak akan cancel last minute dengan customer because it is simply rude.

Kami sampai rumah Puan Rene dalam pukul 9.30 pagi & terus mulakan kerja potong rumput sampai siap. Tapi yang bestnya dalam pukul 1 tengah hari tu, adik Puan Rene ada belikan nasi kukus.

Sedap betul nasi tu. Ayamnya dah la besar, panas pula tu. Nasi pula nasi tambah. Allahuakbar! Terima kasih banyak-banyak akak. Air pun Puan Rene ada sediakan sekali. Baik betul tuan rumah.

Lepas siap potong rumput semua, kami mulakan kerja sapu rumput yang dah dipotong. Baru nak pergi kat bahagian cerun belakang rumah (rumah ni atas bukit, jadi ada tanah bukit belakang rumah yang kena bersih sekali), hujan turun dengan sangat lebat.

Maybe sebab kerja pembenihan awan hari sebelumnya kot. Tu yang hujan. Kami pun tuggu lah dalam 10 minit. Lepas tengok hujan tak ada tunjuk tanda-tanda nak stop, kami decide untuk teruskan kerja-kerja menyapu rumput dalam hujan lebat tu.

Habis basah kuyup baju. Kalau perah baju tu memang penuh sebaldi air.

Tapi Alhamdulillah tepat pukul 4 petang siap kerja-kerja potong rumput di rumah Puan Rene di Bukit Damansara ni. Terima kasih Puan Rene terus continue gunakan servis kami.