tanam rumput

Tanam rumput karpet Jepun di Ampang, Selangor

Kali ini kami di Ampang, Selangor untuk kerja-kerja tanam rumput di rumah customer. Kawasan laman rumah ini kecil shj dalam 150 sqft. Rumput yang menjadi pilihan adalah rumput karpet Jepun.

Asalnya tanah kat laman rumah ini dah rendah. Kami estimate dah dikorek dalam 2 inch masa kerja-kerja renovation dibuat. Tapi masa kami datang site visit tu dah makin dalam, dah jadi 5-6 inch.

Biasanya untuk kes seperti ini, kami akan lebihkan pasir untuk elakkan air bertakung & memburukkan rupa laman rumah apabila dia menjadi rendah.

Ramai yang ajukan soalan pada kami, ‘boleh ke rumput hidup kalau pasir tebal? Sebab pasir bukannya ada nutrient.’

Untuk menjawab soalan ini, sebenarnya boleh.

Teknik ini dipanggil ‘Sand based turfing’ dan ianya lebih bagus berbanding tanam direct terus ke atas tanah.

Ada 3 sebab kenapa kami lebih suka gunakan teknik ini.

  1.  Akar rumput cepat bergerak.

Tanah adalah medium yang baik. Nutrient memang banyak di situ. Tapi keadaan tanah biasanya padat. Bila tanah padat, akar rumput yang baru ditanam susah untuk turun ke dalam tanah. Jadi apabila tak disiram rumput itu, rumput akan menjadi kering & mati sebab akar tak boleh nak dapatkan air.

Untuk perbandingan, akar rumput yang ditanam atas pasir biasanya akan ambil masa dalam 2-3 minggu sahaja untuk lekat dekat tanah. Berbanding dengan tanam direct atas tanah, kami pernah jumpa kes yang mana rumput tak lekat di tanah walaupun dah tanam lebih 2 bulan. Kesnya sebab tiada pasir.

Ini membuktikan akar rumput memang cepat bergerak jika ada medium pasir.

2. Pengudaraan yang lebih baik

Pasir lebih poros berbanding tanah sekaligus menjadikan sistem pengudaraan rumput lebih baik. Bila perkara ini berlaku, segala nutrien, air & oksigen dapat diserap dengan cemerlang oleh akar rumput. Hasilnya, rumput dapat tumbuh dengan lebih baik. Itu yang kita mahukan. Laman yang cantik.

3. Memudahkan proses ‘repair’ rumput

Rumput yang ditanam perlu dijaga. Proses ini dipanggil ‘lawncare’.

Namun, ada kalanya akan berlaku masalah pada rumput. Masalah seperti rumput diserang ulat atau penyakit memang tak boleh dielakkan. Bila rumput menghadapi masalah-masalah seperti ini, ia perlukan masa untuk pulih. Kerana ia berada dalam keadaan stress.

So dengan adanya lapisan pasir yang tebal akan membantu cepatkan proses rumput utk pulih.

Sebab seperti poin yang kedua tadi, pasir membantu memudahkan proses pemnyerapan nutrient, air & oksigen untuk rumput.

Cuba bayangkan jika saat ini kita sedang sakit, tapi tak dapat makanan/nutrient yang cukup. Adakah kita akan sembuh cepat?

Inilah 3 sebab utama kami lebih gemar menggunakan ‘sand based turf’ untuk kerja-kerja tanam rumput.

Dalam siri artikel yang akan datang, kami akan tunjukkan bagaimana hendak pastikan rumput mendapat nutrient yang cukup.

Berbalik kepada rumah di Ampang tadi, inilah hasil selepas siap ditanam rumputnya. Cantik kan rumput Jepun ni?

Kami berikan sekali sprinkler untuk mudahkan urusan tuan rumah menyiram rumput.

Terima kasih kerana menggunakan khidmat kami.

Jika berminat untuk dapatkan khidmat kami untuk tanam rumput, boleh hubungi kami melalui whatsapp wa.me/60199173947 untuk dapatkan sebutharga.

Kami akan berikan sekali warranty rumput & system siraman secara PERCUMA kepada anda.

Untuk kerja-kerja tanam rumput kami cover kawasan berikut :

Kuantan, Pahang

Seluruh KL & Selangor

Kemaman – Paka, Terengganu

Call 0199173947

artificial grass, paver tapak gajah

CANTIKKAN LAMAN DENGAN PATTERN PAVER MODEN

Kami ada menerima call dari seorang customer baru-baru ini. Beliau minta untuk repair semula interlock paver (batu tapak gajah) yang beliau dah beli. Katanya dah banyak spend tak tak cantik sebab rumput liar banyak.

So masa site visit, kami dapat tahu yang beliau buat sendiri kerja pasang pattern paver ini dengan suami masa PKP dulu.

Tapi sebab dah salah step pasang, so banyak rumput liar yang naik. Hajatnya nak kami datang untuk betulkan semula & bagi cantik balik laman rumah beliau ini.

Untuk pasang pattern paver ini bukanlah kerja yang mudah sebab banyak aspek yang perlu dititikberatkan.

Contohnya kita  perlu tentukan material apa yang akan digunakan, nak mula kerja dari bahagian mana, sketch pattern yang akan dibuat dll.

Sebelum mulakan kerja pasang interlock ini, kami meracun dulu rumput liar yang ada. Bila dah mati semua rumput liar barulah kami masuk site untuk mula repair balik pattern paver ini.

Kemudian kami bersihkan tapak, & teruskan dengan kerja-kerja levelling pasir. Selepas itu barulah kami pasangkan pattern paver seperti design yang diinginkan oleh customer. Kami follow design asal sebab customer mahukan design seperti itu.

Untuk rumah client ini, kami pasangkan semula interlock paver dengan step yang betul, tambah pokok jasmin Thai sebagai landskap & pasangkan rumput tiruan di bahagian depan laman rumah beliau.

Dah siap semua, kami padatkan paver dengan gunakan compactor.

Cantik kan?

Sekiranya tuan/puan berminat untuk mendapatkan khidmat kami, boleh berhubung dengan kami melalui whatsapp wa.me/60199173947

Kawasan yang kami cover untuk pemasangan pattern paver (batu tapak gajah) adalah :

Kuantan, Pahang

Seluruh Kuala Lumpur

Seluruh Selangor

Kemaman & Paka Terengganu

Hubungi kami untuk dapatkan sebutharga bagi laman rumah tuan/puan.

Call 0199173947 (Firdaus)