lawncare, tanam rumput

POP-UP SPRINKLER MEMUDAHKAN SIRAMAN LAMAN

Kami baru sahaja selesai kerja-kerja tanam rumput di rumah customer di Paka, Terengganu.

Ini adalah laman rumah beliau sebelum ditanam rumput.

Luas kan rumah ni?

Total ada dalam 2000sqft. Memang luas.

Utk laman rumah ini customer pilih utk tanam rumput karpet Jepun. Rumput yang paling cantik utk laman rumah.

Satu perbezaan pada laman rumah ini, customer ini minta utk tambahkan pop-up sprinkler & autotimer. Beliau nak ada sistem yang blh mudahkan utk siram rumput di seluruh laman.

Dalam pasaran banyak model & brand utk pop-up sprinkler ini. Kami pilih utk gunakan jenama Rainbird sebab mudah utk gunakan & senang nak maintain parts nya.

Pop up spinkler berfungsi seperti dalam video ini.

Jadi jika nada lihat, laman rumah tak akan nampak serabut sebab sprinkler itu akan terlindung di antara rumput.

Dengan cara ini, kita dapat pastikan rumput dapat disiram & nilai estetik laman hijau itu dapat dikekalkan.

Laman pun nampak kemas bila tiada paip getah atau sprinkler di atas rumput.

Untuk saiz laman yang besar seperti ini, kami ambil masa 3 hari utk disiapkan.

Cabaran kami di sini adalah untuk dapatkan sumber pasir halus. Agak susah nak dapatkannya. Harga barang juga agak mahal di sini.

Alhamdulillah lepas 3 hari kami berjaya siapkan kerja-kerja tanam rumput di rumah ini.

Ini adalah hasil tanam rumput di sini.

Terima kasih buat tuan rumah yang telah menggunakan khidmat kami utk tanam rumput.

Jika anda perlukan khidmat tanam rumput boleh berhubung dengan kami di talian 0199173947.

Kami cover kawasan :

Kuantan, Pahang

Dungun, Terengganu

Seluruh Selangor & Kuala Lumpur

Whatsapp kami utk dapatkan sebutharga :

wa.me/60199173947

tanam rumput

HIJAUKAN LAMAN DI BANDAR BUKIT RAJA KLANG, SELANGOR

Alhamdulillah rezeki kali ini kami ke Bandar Bukit Raja Klang, Selangor untuk tanam rumput karpet Jepun di rumah tuan Haziq.

Rumah ini beliau baru siap renovate. Jadi sekarang beliau nak settlekan part terakhir iaitu landskap laman. Proses flow ini lah yang terbaik sebenarnya. Renovate struktur bangunan (luar dan dalam) dahulu kemudian baru uruskan bahagian laman.

Sebaiknya jika anda ingin melakukan renovation pada rumah, settlekan dahulu bahagian bangunan. Dah siap semua baru buat landskap.

Kenapa perlu mcm ini?

Bila adanya kerja-kerja ubahsuai rumah, pasti akan ada tembok dinding & sisa binaan yang perlu diruntuhkan & dibuang. Jadi untuk mengangkut sisa batu-bata ini, kontraktor akan gunakan kereta sorong & lalu di laman rumah anda.

Jika rumput yang dah cantik, pastinya rumput itu akan rosak.

Ini kita belum kira jika kontraktor membuat keputusan untuk longgokkan dulu sisa binaan di laman rumah sementara nak tunggu projek siap hanya sebab nak jimatkan pada kos tong RORO.

Anda boleh bayangkan berapa teruk laman itu nanti betul?

Berbalik kepada laman rumah tuan Haziq tadi, kami datang untuk bersihkan laman ini selepas 2 minggu rumput liar diracun. Kemudian kami masukkan pasir halus & levelkan semula.

Selepas pasir diratakan barulah kami tanam rumput karpet jepun berkenaan.

Inilah hasil selepas rumput siap ditanam.

Kami ada sediakan autotimer & sprinkler untuk tempoh 1 bulan, jadi tuan rumah tidak perlu risau untuk luangkan masa menyiram rumput yang baru ditanam.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Kami serahkan kembali laman rumah ini dalam keadaan lebih baik dari mula kami ambil tempoh hari.

Bulan depan kami akan kembali ke sini untuk lihat progress laman ini.

Semoga rumput karpet Jepun ini hidup dengan segar & mampu menyejukkan mata tuan rumah dengan kehijauan laman yang ada.  

Ada lagi geng Bukit Raja Klang yang nak tanam rumput?

Hubungi kami untuk kami dapatkan sebutharga.

0199173947

Kami cover kawasan :

Seluruh KL/Selangor

Kuantan, Pahang

Dungun, Terengganu

Wa.me/60199173947