Membantu anda mendapatkan laman idaman yang hijau, kemas dan sedap mata memandang sehingga buatkan jiran-jiran anda bercerita tentang kecantikan laman anda
Bulan lepas kami dah tanam rumput karpet Jepun di rumah customer kat Paka, Dungun Terengganu.
Jadi harini kami datang utk site visit melihat hasil selepas 1 bulan tanam
Ini adalah gambar sebulan yang lalu selepas siap tanam.
Alhamdulillah rumput tumbuh dengan baik.
Ini keadaan semasa rumput selepas 1 bulan tanam.
Rumah ini kami dah pasangkan sekali autotimer & pop-up sprinkler untuk mudahkan customer menyiram rumput. Dah ada pop-up sprinkler ni tak lah penat sangat nak siram rumput secara manual.
Video ini kami tunjukkan bagaimana pop-up ini berfungsi.
Cuma ada satu bahagian yang ada defect pada autotimer. Jadi sprinkler tak naik & rumput mati.
Untuk rumput yang mati tu kami gantikan dengan rumput yang baru.
Ini memang ada dalam pakej yang kami berikan di mana kami bagi pelanggan warranty andai kata rumput mati, kami akan gantikan (hanya utk pakej penuh shj).
Ini adalah hasil selepas 1 bulan tanam rumput karpet jepun di sini.
Terima kasih kerana gunakan khidmat kami.
Jika anda ingin tanam rumput, blh berhubung dengan kami utk dapatkan sebut harga.
Ingat lagi tak bulan lepas kami ada tanam rumput di Bukit Raja, Klang?
Kali ini kami datang untuk melihat progress rumput di sini.
Ini keadaan rumput masa kami tinggalkan site ini sebulan yang lalu.
Ini pula keadaan semasa rumput.
Alhamdulillah, rumput Jepun di sini membesar dengan baik.
Seperti mana job-job yang lain, setiap rumah yang tanam rumput dengan kami akan dapat penjagaan rumput utk 1 bulan & 30 hari warranty andai kata rumput itu mati.
Alhamdulillah tiada rumput yang mati di sini.
Jadi mission accomplised.
Boleh buat sesi grounding bersama anak-anak dah lepas ni.
Jika anda ingin tukarkan lalang di laman rumah anda menjadi rumput karpet, boleh hubungi kami di talian 0199173947.
Kami baru sahaja selesai kerja-kerja tanam rumput di rumah customer di Paka, Terengganu.
Ini adalah laman rumah beliau sebelum ditanam rumput.
Luas kan rumah ni?
Total ada dalam 2000sqft. Memang luas.
Utk laman rumah ini customer pilih utk tanam rumput karpet Jepun. Rumput yang paling cantik utk laman rumah.
Satu perbezaan pada laman rumah ini, customer ini minta utk tambahkan pop-up sprinkler & autotimer. Beliau nak ada sistem yang blh mudahkan utk siram rumput di seluruh laman.
Dalam pasaran banyak model & brand utk pop-up sprinkler ini. Kami pilih utk gunakan jenama Rainbird sebab mudah utk gunakan & senang nak maintain parts nya.
Pop up spinkler berfungsi seperti dalam video ini.
Jadi jika nada lihat, laman rumah tak akan nampak serabut sebab sprinkler itu akan terlindung di antara rumput.
Dengan cara ini, kita dapat pastikan rumput dapat disiram & nilai estetik laman hijau itu dapat dikekalkan.
Laman pun nampak kemas bila tiada paip getah atau sprinkler di atas rumput.
Untuk saiz laman yang besar seperti ini, kami ambil masa 3 hari utk disiapkan.
Cabaran kami di sini adalah untuk dapatkan sumber pasir halus. Agak susah nak dapatkannya. Harga barang juga agak mahal di sini.
Alhamdulillah lepas 3 hari kami berjaya siapkan kerja-kerja tanam rumput di rumah ini.
Ini adalah hasil tanam rumput di sini.
Terima kasih buat tuan rumah yang telah menggunakan khidmat kami utk tanam rumput.
Jika anda perlukan khidmat tanam rumput boleh berhubung dengan kami di talian 0199173947.
Alhamdulillah rezeki kali ini kami ke Bandar Bukit Raja Klang, Selangor untuk tanam rumput karpet Jepun di rumah tuan Haziq.
Rumah ini beliau baru siap renovate. Jadi sekarang beliau nak settlekan part terakhir iaitu landskap laman. Proses flow ini lah yang terbaik sebenarnya. Renovate struktur bangunan (luar dan dalam) dahulu kemudian baru uruskan bahagian laman.
Sebaiknya jika anda ingin melakukan renovation pada rumah, settlekan dahulu bahagian bangunan. Dah siap semua baru buat landskap.
Kenapa perlu mcm ini?
Bila adanya kerja-kerja ubahsuai rumah, pasti akan ada tembok dinding & sisa binaan yang perlu diruntuhkan & dibuang. Jadi untuk mengangkut sisa batu-bata ini, kontraktor akan gunakan kereta sorong & lalu di laman rumah anda.
Jika rumput yang dah cantik, pastinya rumput itu akan rosak.
Ini kita belum kira jika kontraktor membuat keputusan untuk longgokkan dulu sisa binaan di laman rumah sementara nak tunggu projek siap hanya sebab nak jimatkan pada kos tong RORO.
Anda boleh bayangkan berapa teruk laman itu nanti betul?
Berbalik kepada laman rumah tuan Haziq tadi, kami datang untuk bersihkan laman ini selepas 2 minggu rumput liar diracun. Kemudian kami masukkan pasir halus & levelkan semula.
Selepas pasir diratakan barulah kami tanam rumput karpet jepun berkenaan.
Inilah hasil selepas rumput siap ditanam.
Kami ada sediakan autotimer & sprinkler untuk tempoh 1 bulan, jadi tuan rumah tidak perlu risau untuk luangkan masa menyiram rumput yang baru ditanam.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Kami serahkan kembali laman rumah ini dalam keadaan lebih baik dari mula kami ambil tempoh hari.
Bulan depan kami akan kembali ke sini untuk lihat progress laman ini.
Semoga rumput karpet Jepun ini hidup dengan segar & mampu menyejukkan mata tuan rumah dengan kehijauan laman yang ada.
Ada lagi geng Bukit Raja Klang yang nak tanam rumput?
Kali ini kami di Ampang, Selangor untuk kerja-kerja tanam rumput di rumah customer. Kawasan laman rumah ini kecil shj dalam 150 sqft. Rumput yang menjadi pilihan adalah rumput karpet Jepun.
Asalnya tanah kat laman rumah ini dah rendah. Kami estimate dah dikorek dalam 2 inch masa kerja-kerja renovation dibuat. Tapi masa kami datang site visit tu dah makin dalam, dah jadi 5-6 inch.
Biasanya untuk kes seperti ini, kami akan lebihkan pasir untuk elakkan air bertakung & memburukkan rupa laman rumah apabila dia menjadi rendah.
Ramai yang ajukan soalan pada kami, ‘boleh ke rumput hidup kalau pasir tebal? Sebab pasir bukannya ada nutrient.’
Untuk menjawab soalan ini, sebenarnya boleh.
Teknik ini dipanggil ‘Sand based turfing’ dan ianya lebih bagus berbanding tanam direct terus ke atas tanah.
Ada 3 sebab kenapa kami lebih suka gunakan teknik ini.
Akar rumput cepat bergerak.
Tanah adalah medium yang baik. Nutrient memang banyak di situ. Tapi keadaan tanah biasanya padat. Bila tanah padat, akar rumput yang baru ditanam susah untuk turun ke dalam tanah. Jadi apabila tak disiram rumput itu, rumput akan menjadi kering & mati sebab akar tak boleh nak dapatkan air.
Untuk perbandingan, akar rumput yang ditanam atas pasir biasanya akan ambil masa dalam 2-3 minggu sahaja untuk lekat dekat tanah. Berbanding dengan tanam direct atas tanah, kami pernah jumpa kes yang mana rumput tak lekat di tanah walaupun dah tanam lebih 2 bulan. Kesnya sebab tiada pasir.
Ini membuktikan akar rumput memang cepat bergerak jika ada medium pasir.
2. Pengudaraan yang lebih baik
Pasir lebih poros berbanding tanah sekaligus menjadikan sistem pengudaraan rumput lebih baik. Bila perkara ini berlaku, segala nutrien, air & oksigen dapat diserap dengan cemerlang oleh akar rumput. Hasilnya, rumput dapat tumbuh dengan lebih baik. Itu yang kita mahukan. Laman yang cantik.
3. Memudahkan proses ‘repair’ rumput
Rumput yang ditanam perlu dijaga. Proses ini dipanggil ‘lawncare’.
Namun, ada kalanya akan berlaku masalah pada rumput. Masalah seperti rumput diserang ulat atau penyakit memang tak boleh dielakkan. Bila rumput menghadapi masalah-masalah seperti ini, ia perlukan masa untuk pulih. Kerana ia berada dalam keadaan stress.
So dengan adanya lapisan pasir yang tebal akan membantu cepatkan proses rumput utk pulih.
Sebab seperti poin yang kedua tadi, pasir membantu memudahkan proses pemnyerapan nutrient, air & oksigen untuk rumput.
Cuba bayangkan jika saat ini kita sedang sakit, tapi tak dapat makanan/nutrient yang cukup. Adakah kita akan sembuh cepat?
Inilah 3 sebab utama kami lebih gemar menggunakan ‘sand based turf’ untuk kerja-kerja tanam rumput.
Dalam siri artikel yang akan datang, kami akan tunjukkan bagaimana hendak pastikan rumput mendapat nutrient yang cukup.
Berbalik kepada rumah di Ampang tadi, inilah hasil selepas siap ditanam rumputnya. Cantik kan rumput Jepun ni?
Kami berikan sekali sprinkler untuk mudahkan urusan tuan rumah menyiram rumput.
Terima kasih kerana menggunakan khidmat kami.
Jika berminat untuk dapatkan khidmat kami untuk tanam rumput, boleh hubungi kami melalui whatsapp wa.me/60199173947 untuk dapatkan sebutharga.
Kami akan berikan sekali warranty rumput & system siraman secara PERCUMA kepada anda.
Untuk kerja-kerja tanam rumput kami cover kawasan berikut :
Kami ada menerima call dari seorang customer baru-baru ini. Beliau minta untuk repair semula interlock paver (batu tapak gajah) yang beliau dah beli. Katanya dah banyak spend tak tak cantik sebab rumput liar banyak.
So masa site visit, kami dapat tahu yang beliau buat sendiri kerja pasang pattern paver ini dengan suami masa PKP dulu.
Tapi sebab dah salah step pasang, so banyak rumput liar yang naik. Hajatnya nak kami datang untuk betulkan semula & bagi cantik balik laman rumah beliau ini.
Untuk pasang pattern paver ini bukanlah kerja yang mudah sebab banyak aspek yang perlu dititikberatkan.
Contohnya kita perlu tentukan material apa yang akan digunakan, nak mula kerja dari bahagian mana, sketch pattern yang akan dibuat dll.
Sebelum mulakan kerja pasang interlock ini, kami meracun dulu rumput liar yang ada. Bila dah mati semua rumput liar barulah kami masuk site untuk mula repair balik pattern paver ini.
Kemudian kami bersihkan tapak, & teruskan dengan kerja-kerja levelling pasir. Selepas itu barulah kami pasangkan pattern paver seperti design yang diinginkan oleh customer. Kami follow design asal sebab customer mahukan design seperti itu.
Untuk rumah client ini, kami pasangkan semula interlock paver dengan step yang betul, tambah pokok jasmin Thai sebagai landskap & pasangkan rumput tiruan di bahagian depan laman rumah beliau.
Dah siap semua, kami padatkan paver dengan gunakan compactor.
Cantik kan?
Sekiranya tuan/puan berminat untuk mendapatkan khidmat kami, boleh berhubung dengan kami melalui whatsapp wa.me/60199173947
Kawasan yang kami cover untuk pemasangan pattern paver (batu tapak gajah) adalah :
Kuantan, Pahang
Seluruh Kuala Lumpur
Seluruh Selangor
Kemaman & Paka Terengganu
Hubungi kami untuk dapatkan sebutharga bagi laman rumah tuan/puan.
Pagi ini kami ke kawasan padang golf MGCC Kuantan. Dalam kawasan ini ada banyak rumah banglo.
Untuk rumah harini, kami meracun di tanah kosong sebelah rumah customer.
Sebelah rumah beliau adalah tanah kosong yang terbiar.
Nak dijadikan cerita, sebelum ini ada pokok besar dari tanah sebelah tumbang & jatuh atas rumah ini.
Habis jahanam pagola besi & atap rumah sebab terkena batang pokok tumbang tu. Banyak juga modal beliau keluarkan untuk repair kawasan terjejas.
Yang sedihnya, pagola besi untuk pokok-pokok tu tak sampai pun seminggu siap. Baru je lagi siapnya.
Jadi untuk elakkan berulang perkara yang sama, beliau minta kami maintain sekali sekala kawasan keliling luar rumah itu.
Beliau tak mahu rugi besar lagi di masa akan datang. Harta benda boleh dicari. Tapi kalau jatuh atas orang tersayang?
Menangis air mata darah sekalipun tak boleh nak bawa mereka kembali.
Ada kawasan yang dah mula naik anak-anak pokok. Ada yang sudah mula membesar sebesar saiz lengan orang dewasa. Anak-anak pokok ini kami potongkan dulu & kemudiannya diletak racun.
Selepas itu kami racun lalang-lalang yang ada.
Ini adalah hasil sebelum & selepas kerja-kerja meracun di rumah ini.
Jika anda memerlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami di talian 019 917 3947 (Firdaus).
Kami beroperasi di seluruh Kuantan. Destinasi paling jauh yang kami cover ialah Gambang, Pantai Sepat & Sg Ular. Semua kawasan yang berada dalam lingkungan kawasan ini kami boleh cover In Shaa Allah.
Operasi kami dari hari Isnin-Sabtu (8 am – 6 pm).
Antara servis lain yang kami tawarkan ialah :
Tanam rumput karpet/cowgrass.
Pembinaan landskap
Lawncare sekitar Kuantan
Tebang pokok
Meracun rumput
Tempahan awal sangat digalakkan. Tiada deposit dikenakan untuk booking appointment.
Picit link di bawah untuk lihat review pelanggan yang telah menggunakan khidmat potong rumput kami.
Kami juga menyediakan khidmat permbersihan laman secara bulanan. Maklumkan kepada pihak kami & kami akan masukkan rumah anda dalam senarai pelanggan bulanan kami.
Pihak kami akan sentiasa remind pihak anda sekiranya sudah sampai masa untuk memotong rumput.
Seramai 300 orang pelanggan telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan kami yakin boleh berikan perkara yang sama kepada anda.
Bila laman rumah dah kemas, barulah seronok untuk bersembang dengan jiran tetangga dekat laman rumah.
Kali ini kami potong rumput jauh sikit dari kawasan yang biasa kami pergi iaitu Sg Ular, Kuantan. Kawasan ini atas sikit dari Gebeng.
Kebanyakan orang yang tinggal di sini memang kerja di Gebeng.
Untuk rumah ini customer minta untuk potong rumput & kemaskan laman rumah beliau.
Rumah ini rumputnya tak panjang sangat sebab tiap 2 bulan memang kami ke sini bersihkan rumah ini.
Kalau anda nak laman rumah anda sentiasa kemas, kerapkan potong rumput. In Shaa Allah akan kemas.
Ini adalah hasil sebelum & selepas dibersihkan laman rumah ini.
Jika anda memerlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami di talian 019 917 3947 (Firdaus).
Kami beroperasi di seluruh Kuantan. Destinasi paling jauh yang kami cover ialah Gambang, Pantai Sepat & Sg Ular. Semua kawasan yang berada dalam lingkungan kawasan ini kami boleh cover In Shaa Allah.
Operasi kami dari hari Isnin-Sabtu (8 am – 6 pm).
Antara servis lain yang kami tawarkan ialah :
Tanam rumput karpet/cowgrass.
Pembinaan landskap
Lawncare sekitar Kuantan
Tebang pokok
Meracun rumput
Tempahan awal sangat digalakkan. Tiada deposit dikenakan untuk booking appointment.
Picit link di bawah untuk lihat review pelanggan yang telah menggunakan khidmat potong rumput kami.
Kami juga menyediakan khidmat permbersihan laman secara bulanan. Maklumkan kepada pihak kami & kami akan masukkan rumah anda dalam senarai pelanggan bulanan kami.
Pihak kami akan sentiasa remind pihak anda sekiranya sudah sampai masa untuk memotong rumput.
Seramai 300 orang pelanggan telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan kami yakin boleh berikan perkara yang sama kepada anda.
Bila laman rumah dah kemas, barulah seronok untuk bersembang dengan jiran tetangga dekat laman rumah.
Pagi ini ada customer di Bukit Sekilau panggil unutk bersihkan laman rumah beliau.
Ini rasanya dah kali ke-3 kami ke sini. Terima kasih tuan kerana terus gunakan khidmat kami.
So untuk servis kali ini kami hanya potong rumput seperti biasa.
Asalnya di sini ada rumput karpet phillipine tapi semuanya telah hilang sebab kalah dengan rumput liar.
Sebenarnya bukanlah rumput itu kalah dengan rumput liar tapi lebih kepada bilangan rumput karpet itu semakin berkurangan.
Kita perlu faham yang rumput ini datang dengan akar. Untuk kes rumput karpet Phillipine, akar rumput ini jenis menjalar.
Namun pada masa yang sama, rumput liar juga ada akar.
Jadi bayangkan, kalau semua kawasan tanah telah penuh dengan akar rumput liar, jadi bagaimana akar rumput karpet itu nak menjalar?
Sebab itu rumput karpet ini perlu dijaga.
Penjagaan asasnya adalah potong & baja.
Dalam post lain kami akan terangkan tentang penjagaan rumput karpet.
Berbalik kepada rumah di Bukit Sekilau tadi, ini adalah hasil sebelum & selepas kerja-kerja potong rumput disini.
Terima kasih kerana gunakan khidmat potong rumput kami.
Jika anda memerlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami di talian 019 917 3947 (Firdaus).
Kami beroperasi di seluruh Kuantan. Destinasi paling jauh yang kami cover ialah Gambang, Pantai Sepat & Sg Ular. Semua kawasan yang berada dalam lingkungan kawasan ini kami boleh cover In Shaa Allah.
Operasi kami dari hari Isnin-Sabtu (8 am – 6 pm).
Antara servis lain yang kami tawarkan ialah :
Tanam rumput karpet/cowgrass.
Pembinaan landskap
Lawncare sekitar Kuantan
Tebang pokok
Meracun rumput
Tempahan awal sangat digalakkan. Tiada deposit dikenakan untuk booking appointment.
Picit link di bawah untuk lihat review pelanggan yang telah menggunakan khidmat potong rumput kami.
Kami juga menyediakan khidmat permbersihan laman secara bulanan. Maklumkan kepada pihak kami & kami akan masukkan rumah anda dalam senarai pelanggan bulanan kami.
Pihak kami akan sentiasa remind pihak anda sekiranya sudah sampai masa untuk memotong rumput.
Seramai 300 orang pelanggan telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan kami yakin boleh berikan perkara yang sama kepada anda.
Bila laman rumah dah kemas, barulah seronok untuk bersembang dengan jiran tetangga dekat laman rumah.
Untuk kerja-kerja potong rumput hari ini, kami ke Indera Mahkota 8 iaitu salah satu customer tetap kami.
Laman rumah yang nak dibersihkan hanya di sebelah belakang sahaja. Rumput pun jenis lalang sahaja.
Untuk laman rumah teres seperti ini, pastikan tukang potong rumput anda membawa sampah yang dipotong ke bahagian depan rumah.
Sebab jika ditinggalkan plastik bag di bahagian belakang rumah, nanti kontaktor yang ditugaskan, baik pihak Alam Flora atau Majlis Perbandaran sendiri tidak akan ambil sampah berkenaan.
Jadi plastik bag itu akan mereput shj & membawa kepada masalah lain untuk anda pada masa akan datang seperti tikus etc.
Ini adalah hasil sebelum & selepas kerja-kerja potong rumput disini.