Membantu anda mendapatkan laman idaman yang hijau, kemas dan sedap mata memandang sehingga buatkan jiran-jiran anda bercerita tentang kecantikan laman anda
Ingat lagi tak bulan lepas kami ada tanam rumput di Bukit Raja, Klang?
Kali ini kami datang untuk melihat progress rumput di sini.
Ini keadaan rumput masa kami tinggalkan site ini sebulan yang lalu.
Ini pula keadaan semasa rumput.
Alhamdulillah, rumput Jepun di sini membesar dengan baik.
Seperti mana job-job yang lain, setiap rumah yang tanam rumput dengan kami akan dapat penjagaan rumput utk 1 bulan & 30 hari warranty andai kata rumput itu mati.
Alhamdulillah tiada rumput yang mati di sini.
Jadi mission accomplised.
Boleh buat sesi grounding bersama anak-anak dah lepas ni.
Jika anda ingin tukarkan lalang di laman rumah anda menjadi rumput karpet, boleh hubungi kami di talian 0199173947.
Kami baru sahaja selesai kerja-kerja tanam rumput di rumah customer di Paka, Terengganu.
Ini adalah laman rumah beliau sebelum ditanam rumput.
Luas kan rumah ni?
Total ada dalam 2000sqft. Memang luas.
Utk laman rumah ini customer pilih utk tanam rumput karpet Jepun. Rumput yang paling cantik utk laman rumah.
Satu perbezaan pada laman rumah ini, customer ini minta utk tambahkan pop-up sprinkler & autotimer. Beliau nak ada sistem yang blh mudahkan utk siram rumput di seluruh laman.
Dalam pasaran banyak model & brand utk pop-up sprinkler ini. Kami pilih utk gunakan jenama Rainbird sebab mudah utk gunakan & senang nak maintain parts nya.
Pop up spinkler berfungsi seperti dalam video ini.
Jadi jika nada lihat, laman rumah tak akan nampak serabut sebab sprinkler itu akan terlindung di antara rumput.
Dengan cara ini, kita dapat pastikan rumput dapat disiram & nilai estetik laman hijau itu dapat dikekalkan.
Laman pun nampak kemas bila tiada paip getah atau sprinkler di atas rumput.
Untuk saiz laman yang besar seperti ini, kami ambil masa 3 hari utk disiapkan.
Cabaran kami di sini adalah untuk dapatkan sumber pasir halus. Agak susah nak dapatkannya. Harga barang juga agak mahal di sini.
Alhamdulillah lepas 3 hari kami berjaya siapkan kerja-kerja tanam rumput di rumah ini.
Ini adalah hasil tanam rumput di sini.
Terima kasih buat tuan rumah yang telah menggunakan khidmat kami utk tanam rumput.
Jika anda perlukan khidmat tanam rumput boleh berhubung dengan kami di talian 0199173947.
Pagi ini ada customer di Bukit Sekilau panggil unutk bersihkan laman rumah beliau.
Ini rasanya dah kali ke-3 kami ke sini. Terima kasih tuan kerana terus gunakan khidmat kami.
So untuk servis kali ini kami hanya potong rumput seperti biasa.
Asalnya di sini ada rumput karpet phillipine tapi semuanya telah hilang sebab kalah dengan rumput liar.
Sebenarnya bukanlah rumput itu kalah dengan rumput liar tapi lebih kepada bilangan rumput karpet itu semakin berkurangan.
Kita perlu faham yang rumput ini datang dengan akar. Untuk kes rumput karpet Phillipine, akar rumput ini jenis menjalar.
Namun pada masa yang sama, rumput liar juga ada akar.
Jadi bayangkan, kalau semua kawasan tanah telah penuh dengan akar rumput liar, jadi bagaimana akar rumput karpet itu nak menjalar?
Sebab itu rumput karpet ini perlu dijaga.
Penjagaan asasnya adalah potong & baja.
Dalam post lain kami akan terangkan tentang penjagaan rumput karpet.
Berbalik kepada rumah di Bukit Sekilau tadi, ini adalah hasil sebelum & selepas kerja-kerja potong rumput disini.
Terima kasih kerana gunakan khidmat potong rumput kami.
Jika anda memerlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami di talian 019 917 3947 (Firdaus).
Kami beroperasi di seluruh Kuantan. Destinasi paling jauh yang kami cover ialah Gambang, Pantai Sepat & Sg Ular. Semua kawasan yang berada dalam lingkungan kawasan ini kami boleh cover In Shaa Allah.
Operasi kami dari hari Isnin-Sabtu (8 am – 6 pm).
Antara servis lain yang kami tawarkan ialah :
Tanam rumput karpet/cowgrass.
Pembinaan landskap
Lawncare sekitar Kuantan
Tebang pokok
Meracun rumput
Tempahan awal sangat digalakkan. Tiada deposit dikenakan untuk booking appointment.
Picit link di bawah untuk lihat review pelanggan yang telah menggunakan khidmat potong rumput kami.
Kami juga menyediakan khidmat permbersihan laman secara bulanan. Maklumkan kepada pihak kami & kami akan masukkan rumah anda dalam senarai pelanggan bulanan kami.
Pihak kami akan sentiasa remind pihak anda sekiranya sudah sampai masa untuk memotong rumput.
Seramai 300 orang pelanggan telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan kami yakin boleh berikan perkara yang sama kepada anda.
Bila laman rumah dah kemas, barulah seronok untuk bersembang dengan jiran tetangga dekat laman rumah.
Alhamdulillah kami baru siap tanam rumput karpet Jepun di laman rumah Puan Hazirah di Kotasas, Kuantan.
Puan Hazirah dah lama contact nak tanam rumput dengan kami, tapi sebab rumah masih lagi dalam kerja renovation, beliau hold dulu kerja-kerja tanam rumput.
Selepas siap kerja-kerja renovation rumah beliau, kami pun masuk untuk kerja-kerja tanam rumput karpet.
Untuk rumah ini customer pilih untuk tanam rumput karpet Jepun iaitu rumput yang paling cantik untuk ditanam di laman rumah buat masa ini.
Apa yang membezakan antara rumput karpet Phillipine & karpet Jepun?
Satu, perbezaan warna daun.
Perkara paling ketara antara 2 jenis rumput ini ialah kontra colour yang ada. Rumput karpet Phillipine berwarna hijau muda (light green) manakala rumput karpet Jepun berwarna hijau tua (dark green).
Phillipine (kiri) | Jepun (kanan)
Warna ini adalah warna asas untuk rumput karpet ini. Namun, ada teknik-teknik tertentu yang membolehkan warna rumput ini berubah.
Sebagai contoh pembajaan.
Dengan membaja, kita boleh ubah warna rumput karpet phillipine menjadi lebih gelap.
Baja yang sesuai digunakan di laman rumah adalah baja Russell 21-12-21.
Kalau anda gunakan baja ini di laman rumah anda, In Shaa Allah anda akan nampak kesannya selepas 2 minggu aplikasi.
Kedua, perbezaan ketara antara rumput karpet Jepun & Phillipine adalah saiz bilah daun.
Bilah daun rumput karpet Phillipine lebih lebar manakala rumput karpet Jepun lebih tirus.
Ada yang bagitahu rumput karpet Phillipine tak sedap nak duduk atas dia sebab tajam & mencucuk-cucuk.
Benar.
Perkara memang benar. Tapi ia berlaku bila mana rumput itu tak dapat nutrient yang cukup & tak dijaga dengan betul. Cara paling mudah nak selesaikan isu ini adalah dengan gunakan baja Russell.
Ketiga, kadar pertumbuhan.
Secara amnya, kadar pertumbuhan rumput karpet lebih perlahan berbanding dengan rumput cowgrass. Jika kita bandingkan antara rumput karpet Phillipine & rumput karpet Jepun pula, pertumbuhan rumput karpet Jepun sedikit perlahan berbanding rumput karpet Phillipine.
Ini adalah sedikit sebanyak perbezaan antara rumput karpet Phillipine & rumput karpet Jepun.
Berbalik kepada laman rumah Puan Hazirah tadi, ini hasil sebelum & selepas kerja-kerja tanam rumput di rumah beliau.
Terima kasih kerana menggunakan khidmat kami.
Jika anda ingin tukarkan laman rumah anda kepada laman yang hijau, marilah tanam rumput bersama-sama dengan kami.
Kami akan berikan :
Warranty rumput mati 1 bulan
Siraman auto selama 1 bulan. (Jadi tak perlu nak siram secara manual)
Penjagaan laman PERCUMA selama 1 bulan
PERCUMA 1x maintenance (potong & baja)
So basically kami akan jaga rumput anda selama sebulan & berikan laman yang hijau kepada anda In Shaa Allah.
Untuk kerja-kerja tanam rumput, kami cover sekitar Kuantan & Pekan Pahang, serta seluruh negeri Selangor & Kuala Lumpur (KL).
Baru-baru ini kami telah siap tanam rumput karpet Phillipine di rumah Tuan Zakiri di Pekan, Pahang. Asalnya beliau ingin tanam rumput cowgrass, tapi kami sarankan untuk tukar kepada rumput karpet Phillipine.
Rumah ini Semi-D corner lot. Jadi memang kena banyak cahaya matahari. Untuk kawasan rumah yang kena banyak cahaya matahari, seeloknya pilih untuk tanam rumput karpet. Kalau nak cantik pilih rumput karpet Jepun.
Sebab apa kami sarankan untuk pilih rumput karpet dan bukannya cowgrass?
Ada 3 sebab utama.
Pertama, rumput karpet senang untuk maintain.
Dari segi penjagaan, rumput karpet tak perlu potong sekerap rumput cowgrass.
Secara amnya, kadar pertumbuhan rumput cowgrass lebih cepat daripada rumput karpet. Jadi, cowgrass perlu dipotong dengan lebih kerap. Sebaiknya rumput cowgrass dipotong paling lewat setiap 3 minggu, manakala untuk rumput karpet paling lewat dipotong setiap 4 minggu.
Jika anda memotong lebih daripada masa yang disarankan, rumput akan menjadi terlalu panjang dan mejadi coklat selepas dipotong.
Tapi ini tak bermakna rumput tak boleh dipotong kerap. Jika anda ingin rumput yang pendek, anda perlu potong rumput dengan kadar yang lebih kerap. Samada seminggu atau 2 minggu sekali.
Kedua, banyak pilihan racun jika laman rumah mula naik rumput liar.
Rumput liar di laman rumah adalah satu salah masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik rumah. Masalah ini boleh diselesaikan dengan meracun. Tapi jangan gunakan racun membuta tuli, sebab tak semua racun yang sesuai untuk digunakan di atas rumput karpet.
Racun ini kami rekemen untuk selesaikan masalah rumput liar yang berdaun lebar. Boleh dikatakan 80% rumput liar akan mati terutamanya yang berdaun lebar.
Boleh hubungi kami untuk dapatkan racun ini. Call 0199173947 (Firdaus).
Ketiga, rumput karpet lebih cantik daripada cowgrass.
Ini memang tak boleh nak dinafikan lagi, rumput karpet memang lebih cantik berbanding rumput cowgrass. Salah satu sebab adalah daun rumput karpet jenis tirus dan tidak lebar seperti cowgrass.
Berbalik kepada rumah Tuan Zakiri tadi, inilah hasil sebelum & selepas kerja-kerja tanam rumput di rumah ini.
Jika anda ingin tukarkan laman rumah anda kepada laman yang hijau sepanjang masa, marilah tanam rumput dengan kami.
Kami akan jaga rumput laman rumah anda selama sebulan & serahkan laman rumah anda dalam keadaan yang hijau In Shaa Allah.
Hubungi kami di talian 0199173947 (Firdaus).
Untuk kerja-kerja tanam rumput, kami cover Kawasan sekitar Kuantan, Pekan dan seluruh Selangor & Kuala Lumpur (KL).
Baru-baru ni kami ada dapat job tanam rumput karpet Phillipine di Indera Sempurna, Kuantan.
Kawasan laman kecil sahaja. Tapi sebab takde rumput yang ditanam, so lalang memang seronok la naik kat situ.
Kalau tuan/puan tak nak lalang naik kat laman rumah, tanam lah rumput.
Kemudian, jaga rumput tu. Mesti lalang tak naik dah lepas ni.
Bukan susah sangat nak jaga rumput ni.
kawasan laman rumah selepas diracun
Owner ada request untuk tanam pokok sekali. Sebab dia tak nak nampak kosong laman rumah tu.
Oleh sebab budget owner tak banyak, so kami masukkan pokok-pokok yang simple.
Pokok yang kami tanam adalah Calathea Lutea & pokok Jasmine Thai.
KIta susun dulu pokok-pokok ni
Kalau ada yang tengah mencari pokok-pokok yang sesuai untuk letak dekat tepi pagar tu kan, utk buat tutup pagar/privasi, anda boleh consider untuk gunakan pokok Calathea Lutea ni.
Sebab apa, satu, daun dia besar. Jadi bila pokok dah fully develop, kawasan pagar tu memang akan boleh ditutup dengan baik.
Lagi satu, pokok ni senang nak tumbuh tau. Cepat membiak pun ya. So tak perlu nak beli terlampau banyak pokok-pokok tu. Tapi kalau terlampau jauh jarak antara pokok tu, memang lambat la nak penuhnya.
Berbalik pada laman rumah yang kami tanam rumput ni, job ni ambil masa sehari nak siap. Lepas siap clearing tanah & masuk pasir, kami pun tanam rumput karpet Phillipine tu.
kerja-kerja mencangkul lubang sedang dijalankanlepas tu kami kambus terusPasir kita mampatkan Testing dengan sprinkler 360*Tanam rumput & touch up mana yang perluKerja-kerja masukkan cocopeatAlhamdulillah siap tanamSiap juga laman rumah niSebelum balik kita test sprinkler sekali lagi.
Terima kasih tuan rumah gunakan khidmat kami.
Kalau tuan/puan berminat untuk tanam rumput atau buat landskap di laman rumah tuan/puan, boleh berhubung terus dengan kami di talian 0199173947 (Firdaus).
Benefits kalau tanam rumput dengan kami, kami akan berikan :
Warranty rumput mati selama 1 bulan (kalau mati kami repair).
Auto-timer & sprinkler selama 1 bulan (so tak perlu nak siram manual dah).
FREE potong & baja 1x (selepas 1 bulan tanam).
Hubungi kami untuk kami datang site visit & beri quotation untuk tanam rumput di rumah anda.
Sekarang ni tiap hari Jumaat kami memang akan set masa ke rumah ini. Rumah ni dekat Kotasas Lakeview. Memang nice betul view belakang rumah ni. Nampak tasik kat Kotasas tu.
Harini kami cabut rumput-rumput liar yang dah tumbuh, trim pokok-pokok bunga & touch up sikit pada pokok menjalar kat pond tu. Pokok ni asyik bercabang ke bawah. Kita nak dia naik ke atas tapi dia turun ke bawa pula. So kita adjust balik supaya dia naik menegak ke atas.
Customer ada beli shed baru-baru ni. Katanya nak letak kat bahagian bawah rumah. Rumah ni ada 3 level ya guys. Ada 1 tingkat belah bawah.
Bila kita ukur memang ngam-ngam je utk letak shed kat situ. Nanti later on blh la letak baja yang baru beli kat sini.
ukuran shedmuat-muat je
Next week kena gembur tanah & baja pokok lagi.
Jika anda memerlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami di talian 019 917 3947 (Firdaus).
Servis potong rumput kami 7 hari seminggu (Isnin – Ahad) dan kami cover satu Kuantan. Gambang, Sg Ular & Pantai Sepat pun kami pergi.
Apabila anda menggunakan perkhidmatan potong rumput daripada Empayar Lawn Services, kami bukan sahaja akan potong rumput rumah anda, malah kami akan cakar semua rumput yang sudah dipptong, masukkan dalam plastic sampah & letak di luar rumah. Kawasan longkang, porch & pavement rumah anda pun kami akan bersihkan sekali. Semua pasir yang ada di dalam longkang akan kami buang.
Call kami untuk booking slot potong rumput laman rumah anda. No tel kami adalah 0199173947.
Jika anda baru pertama kali hendak melanggan servis potong rumput daripada Empayar Lawn Services, kami nasihatkan anda untuk membuat tempahan servis lebih awal (3 hari sebelum). Kerana biasanya jadual kami selalu fully booked.
Sudah ramai yang kami bantu untuk dapatkan laman rumah yang kemas & sedap mata memandang. Refer sini untuk melihat review pelanggan yang telah menggunakan khidmat potong rumput kami.
Jika anda berpuas hati dengan servis potong rumput kami dan ingin kami terus membersihkan laman rumah anda, hanya maklumkan sahaja pada pihak kami & kami akan letakkan anda dalam jadual pelanggan bulanan. Dengan menjadi pelanggan bulanan, kami akan sentiasa remind anda tentang jadual pemotongan rumput tanpa sebarang bayaran tambahan (free of Charge, FOC).
Kami sudah membantu lebih 300 pelanggan untuk dapatkan laman rumah yang bersih, kemas & sedap mata memandang. Dan kami yakin kami boleh berikan perkara yang sama kepada anda.
Bila laman rumah dah kemas, kita pun tak segan dengan jiran tetangga.