potong rumput

KERJA-KERJA MERUMPAI DI RUMAH PUAN ALIA (BUKIT ISTANA)

Pagi tadi kami ke rumah Puan Alia di Bukit Istana untuk merumpai. Bulan lepas kami sudah hadir ke sana untuk tanam rumput karpet yang baru since yang lama sudah mati kerana tidak mampu bersaing dengan rumpai.

Proses menanam rumput karpet adalah kerja yang mudah namun penjagaan rapi selepas rumput ditanam adalah perkara yang perlu anda fikirkan sebelum memilih untuk menanam rumput karpet ini.

Salah satu penjagaan yang perlu dilakukan ialah merumpai iaitu proses membuang rumput liar.

Rumput liar yang ada di bahagian laman rumah.

Kerja merumpai perlu dijalankan sebanyak mungkin untuk mengelakkan rumput liar tumbuh di kawasan yang ditanam dengan rumput karpet.

Sebaiknya kerja-kerja merumpai ini dilakukan 2 minggu sekali. Kalau boleh dibuat seminggu sekali lebih baik.

Rumput liar perlu dibuang untuk mengelakkan rumput karpet bersaing dengan rumput liar untuk mendapatkan air, nutrien & cahaya matahari.

Jika anda biarkan rumput liar tumbuh di laman yang sudah ditanam dengan rumput karpet, besar kemungkinan anda perlu menggantikan rumput karpet sedia ada dengan rumput karpet yang baru.

Rumput liar tidak akan mengambil masa yang lama untuk ‘outgrown’ rumput karpet yang sudah ditanam.

laman selepas siap merumpai

Jadi, biasakan diri anda untuk merumpai laman rumah anda.

Jika anda tidak punya masa untuk merumpai/weeding, boleh serahkan kerja ini kepada kami. Kami akan bantu jagakan laman rumah anda.

Rumput liar sudah clear dari laman Puan Alia.

Hubungi kami di talian 0199173947 (Firdaus) untuk pertanyaan lanjut.

Cari kami di media sosial :

www.empayarlawn.com

Twitter : https://twitter.com/empirelawn

Facebook : https://web.facebook.com/Empire-Lawn-Services-931179443608117

Instagram : https://www.instagram.com/empirelawnservices

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *