potong rumput

KERJA MEMOTONG RUMPUT DI KUBANG BUAYA

Semalam kami telah ke rumah customer di Kubang Buaya Kuantan untuk potong rumput. Rumah ini biasanya kami datang 2 bulan sekali atas request daripada owner. Maybe sebab beliau jarang datang ke rumah ini sebab itu beliau minta untuk kami datang potong rumput 2 bulan sekali.

Amalan kami sebelum mula memotong rumput, kami akan check dulu kawasan sekitar kalau-kalau ada batang kayu, pelepah pokok atau sampah sarap yang ada di atas tanah.

Kalau ada kami akan buangkan dulu barang-barang ini sebab bahan-bahan ini boleh mengundang bahaya kepada pekerja semasa kerja memotong rumput dijalankan.

Alhamdulillah rumah ini tak ada sampah sarap. Yang ada cuma pelepah pokok yang gugur sahaja.

lalang yang dah mula tumbuh di laman depan rumah
Kawasan tepi rumah sebelum dipotong.
Lalang di sebelah kiri rumah yang sudah panjang

Cuma satu perkara yang kami perasan, di bahagian belakang rumah dah tumbuh dengan rumput & pokok liar di atas lantai sime. Saranan kami, jika perkara sebegini berlaku di rumah anda, sebaiknya pokok & rumput ini diracun supaya longkang atau pagar tak pecahterutamanya kalau ada pokok liar yang tumbuh seperti pokok petai belalang di rumah customer kami ini.

kawan belakang rumah yang dah tumbuh dengan rumput liar

Banyak kes rumah customer yang kami pergi sebelum ini, longkang rumah & dinding pagar pecah sebab pokok liar dibiarkan terus membesar. Meracun pokok sebegini adalah pilihan terbaik & akan menjimatkan kos untuk tuan/puan pada masa akan datang. Jika tidak, anda akan keluarkan lebih banyak duit untuk membaiki longkang & tembok pagar apabila pokok yang tumbuh dalam longkang mula merosakkan saliran longkang.

Selepas dekat 4 jam di rumah customer ini, kami berjaya siap bersihkan laman rumah beliau. Sekiranya anda tidak tahu, servis memotong rumput yang kami sediakan sudah termasuk potong rumput, sapu rumput, sapu porch & pavement dan cuci longkang.

Porch rumah yang sudah dibersihkan
Laman depan rumah selepas potong rumput
Longkang tepi rumah telah dibersihkan sekali
Tiada lagi lalang yang panjang di tepi rumah

Longkang kami akan pastikan tiada sisa rumput atau pasir yang ada di dalamnya. Ini bagi melancarkan perjalanan air ke longkang utama sekaligus mengelakkan longkang tersumbat.

bahagian belakang rumah yang dah dibersihkan

Alhamdulillah matlamat kami memberikan laman yang kemas & sedap mata memandang kepada customer ini sudah tercapai.

Sekiranya anda memerlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, baik potong rumput, meracun, tebang pokok atau merumpai, boleh hubungi kami di talian 0199173947 (Firdaus) atau cari kami media sosial. Taip sahaja Empire Lawn Services.

Cari kami di media sosial ;

www.empayarlawn.com

Twitter : https://twitter.com/empirelawn

Facebook : https://web.facebook.com/Empire-Lawn-Services-931179443608117

Instagram : https://www.instagram.com/empirelawnservices

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *