2 hari lepas kami ada menghubungi Cikgu Marsila untuk tanyakan update tentang laman rumah beliau sebab dah hamper 2 bulan kami last ke sana untuk memotong rumput. Cikgu Marsila merupakan pelanggan tetap kami yang tinggal di Indera Sempurna. Biasanya kami datang ke rumah beliau setiap 2 bulan sekali untuk potongkan rumput & trim pokok bunga.
Inilah kelebihan jika menggunakan khidmat kami. Pelanggan tetap yang ingin kami datang setiap bulan atau 2 bulan sekali kami akan catatkan dalam notes & letakkan dalam kalendar siap-siap. Pelanggan tetap kami akan dahulukan berbanding pelanggan yang call pada hari ingin dipotong rumput rumah mereka. Hal ini untuk memudahkan kami mengaturkan jadual ke rumah mereka. Tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan jika anda ingin menjadi pelanggan tetap kami. Mudah kan?
Kami ke rumah Cikgu Marsila pada hari Rabu iaitu pada hari bekerja. Jadi Cikgu Marsila tiada di rumah kerana bekerja. Semasa sampai kami disambut baik oleh anak lelaki beliau, Syam yang baru tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Gambang baru-baru ini. Cuti lama katanya, 5 bulan.





Oleh sebab kami last ke sana 2 bulan lepas, jadi rumput yang tumbuh sudah agak tinggi. Lalang-lalang yang ada di laman rumah ini pun sudah naik sama tinggi dengan peha kami. Tapi itu semua tak menjadi masalah. Semuanya boleh dibersihkan.
Dekat pukul 11 pagi kami siap memotong rumput & membersihkan semua rumput yang sudah dipotong tadi. Lalang yang tumbuh antara rumah Cikgu Marsila dengan rumah jiran juga kami buangkan. Barulah nampak kemas laman ini.





Jangan tak tahu servis potong rumput yang Empire Lawn Services sediakan sudah merangkumi potong rumput, sapu rumput, sapu porch & pavement dan cuci longkang. Kami akan pastikan longkang rumah anda bersih bagi memastikan longkang tidak tersumbat.
Alhamdulillah tercapai sudah matlamat kami untuk berikan laman yang bersih, kemas & sedap mata memandang kepada Cikgu Marsila. Terima kasih banyak-banyak kerana menggunakan khidmat kami lagi kali ini. Semoga bertemu lagi di bulan akan datang.
Jika anda ingin melihat proses pembersihan sebelum & selepas di rumah Cikgu Marsila, klik link ini.
Sekiranya anda memerlukan khidmat penjagaan laman baik potong rumput, meracun rumput, tebang pokok, merumpai atau menanam rumput karpet di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami untuk pertanyaan lanjut.
Hubungi 0199173947 (Firdaus).
Cari kami di media social :
www.empayarlawn.com
Twitter : https://twitter.com/empirelawn
Facebook : https://web.facebook.com/Empire-Lawn-Services-931179443608117/