potong rumput

MERUMPAI DI BUKIT ISTANA

Petang tadi (14.08.2019) kami ke rumah Puan Alia di Bukit Istana untuk merumpai kawasan laman rumah beliau.

Kawasan rumput karpet adalah kawasan yang menjadi fokus utama kami. Kita tak mahu rumput liar tumbuh di kawasan rumput karpet. Nanti habis mati rumput karpet kita kerana terpaksa bersaing dengan rumput liar ini.

Lepas siap kami merumpai kawasan rumput karpet, kami keluarkan batu pebbles yang beliau letakkan sekitar pasu-pasu bunga. Lepas itu kami mulakan proses merumpai di kawasan itu. Siap merumpai, kami meracun pula di situ.

Kawasan pebbles ini diracun sebab banyak rumput-rumput yang tumbuh di celah-celah pebbles itu. Bila tumbuh rumput antara pebbles, nampak tak berapa kemas jadi laman bunga Puan Alia ini.

Inilah hasil selepas siap merumpai & meracun.

Jika anda perlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami untuk pertanyaan lanjut.

Kami akan bantu anda untuk dapatkan laman yang hijau, kemas & sedap mata memandang.

Perkhidmatan yang kami tawarkan termasuk potong rumput, meracun rumput, tebang pokok, merumpai & khidmat tanam rumput karpet di sekitar Kuantan.

Cari kami di media social :

www.empayarlawn.com

Twitter : https://twitter.com/empirelawn

Facebook : https://web.facebook.com/Empire-Lawn-Services-931179443608117

Instagram : https://www.instagram.com/empirelawnservices

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *