Dua hari lepas kami ada terima call daripada Tuan Kamarul yang minta Empire Lawn Services untuk potong rumput di laman rumah beliau. Jadi kami aturkan ke sana semalam untuk bersihkan kawasan laman rumah beliau.
Ini first time kami datang ke kawasan Balok Baru. Untuk kawasan Balok Makmur memang kami biasa datang ke sana untuk potong rumput. Kawasan ini basically kawasan yang extended dari kawasan Balok tapi dah sampai ke belah Bypass.
Kami sampai di sana dalam pukul 10 pagi dan terus cabut rumput-rumput besar yang boleh menghalang kerja-kerja potong rumput.
Biasanya halangan seperti kayu, baju lama yang jatuh atas tanah, batu rumput yang dah tebal dan lain-lain mesti dibuang dahulu. Sebab kalau tidak dibuang ia akan melambatkan kerja-kerja memotong rumput.
Selepas 2 jam, kami siap bersihkan laman rumah tuan Kamarul. Inilah hasil selepas kerja potong rumput dilakukan.
Tuan Kamarul pun suka dengan kerja kami. Alhamdulillah.
Sekiranya anda perlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami untuk pertanyaan lanjut.
Jika anda gunakan perkhidmatan potong rumput daripada Empire Lawn Services, Kami akan bersihkan longkang, porch & pavement anda sekali.
Servis kami 7 hari seminggu (Isnin – Ahad) dan kami cover satu Kuantan. Call kami untuk booking slot ke rumah anda. Book awal (3 hari atau 1 minggu awal) ya sebab jadual kami cepat full.
Andai kata tuan/puan menjadi pelanggan tetap kami (langganan tiap bulan atau 2 bulan sekali), kami akan letakkan tuan/puan dalam priority list kami. Jadi kami akan sentiasa utamakan anda bila sampai masa untuk maintain laman rumah.
Janji kami adalah anda akan dapat laman yang bersih, kemas & sedap mata memandang.
CALL 019 917 3947 (FIRDAUS)
Kami juga menawarkan servis meracun rumput, tebang pokok, merumpai & perkhidmatan tanam rumput karpet di sekitar Kuantan.
Cari kami di media social :
Twitter : https://twitter.com/empirelawn
Facebook : https://web.facebook.com/Empire-Lawn-Services-931179443608117
Instagram : https://www.instagram.com/empirelawnservices