Pagi semalam kami Empire Lawn Services ke Tadika Ulum Bukit Setongkol, Kuantan untuk potong rumput laman tadika tersebut. Tadika ini ambil 2 lot Semi-D, jadi ruangnya agak besar.
Masa kami sampai cuaca nampak agak mendung tapi tak ada tanda-tanda seperti nak hujan. So, kami mulakan kerja-kerja potong rumput secepat mungkin.
Lepas dalam 1 jam kami mesin rumput, hujan mula turun renyai-renyai which is not a good sign. Sebab biasanya kalau hujan renyai-renyai turun dulu, memang akan hujan lebat for some time lepas itu.
Dan memang itu yang jadi. Hujan turun mencurah-curah. Baju kami memang habis basah lencun. Untuk beberapa ketika, kami berhenti dulu mesin rumput dan tunggu cuaca cerah balik.
Untuk potong rumput dalam hujan sangat tak ideal. Sebab rumput memang susah nak putus dan kalau putus pun, rumput tu tak nampak cantik sebab tak sekata. So kami tunggu lah dalam 30 minit.
Alhamdulillah dalam pukul 11 hujan berhenti dan kami boleh teruskan kerja-kerja potong rumput.
Semuanya siap dalam pukul 12.30 tgh hari termasuk bersih longkang. Jika anda gunakan perkhidmatan potong rumput daripada Empire Lawn Services, Kami akan bersihkan longkang, porch & pavement anda sekali.
Sekiranya anda perlukan khidmat penjagaan laman di sekitar Kuantan, boleh berhubung dengan kami untuk pertanyaan lanjut.
Servis kami 7 hari seminggu (Isnin – Ahad) dan kami cover satu Kuantan. Call kami untuk booking slot ke rumah anda. Book awal (3 hari atau 1 minggu awal) tau sebab jadual kami cepat full.
Kalau anda menjadi pelanggan tetap kami (langganan tiap bulan atau 2 bulan sekali), kami akan letakkan anda dalam priority list kami. Jadi kami akan sentiasa utamakan anda bila sampai masa untuk maintain laman rumah.
Janji kami adalah anda akan dapat laman yang bersih, kemas & sedap mata memandang.
CALL 019 917 3947 (FIRDAUS)
Antara servis lain yang kami tawarkan ialah potong rumput, meracun rumput, tebang pokok, merumpai & khidmat tanam rumput karpet di sekitar Kuantan.
Cari kami di media social :
Twitter : https://twitter.com/empirelawn
Facebook : https://web.facebook.com/Empire-Lawn-Services-931179443608117
Instagram : https://www.instagram.com/empirelawnservices