potong rumput

POTONG RUMPUT DI PERMATANG BADAK

Hari isnin lepas kami telah siap bersihkan laman rumah pelanggan di Kg. Permatang Badak.

Customer kami tidak tinggal di sini sebaliknya ibu & ayah beliau yang menetap disini. Dengan cuaca panas sekarang, beliau risau dengan kemungkinan ada kehadiran haiwan berbisa di sekitar rumah.

Lalang di sekeliling rumah juga sudah sama tinggi dngan pinggang.

Oleh sebab tinggal jauh dari orang tua, dan orang tua beliau sudah lanjut usia, jadi beliau ambil inisiatif untuk upah kami potong rumput di kawasan rumah itu.

Skop kerja kami di sini mudah sahaja iaitu sekadar mesin rumput sahaja tanpa perlu menyapu daun kering.

Kawasan rumah ini agak besar. Anggaran keluasan laman adalah ½ ekar.

Boleh tahan besar.

Alhamdulillah selepas seharian disini, kerja berjaya disiapkan dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sebelum & selepas kerja-kerja di sini.

Terima kasih kerana melanggan khidmat potong rumput daripada kami di Empayar Lawn Services & Trading.

Servis potong rumput kami meliputi seluruh daerah Kuantan.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan harga servis atau ingin membuat temu janji pemotongan rumput, tuan/puan boleh berhubung terus dengan staf kami di talian 0199173947.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *