lawncare, tanam rumput

3 SEBAB KENAPA RUMPUT KARPET LEBIH BAIK BERBANDING COWGRASS

Baru-baru ini kami telah siap tanam rumput karpet Phillipine di rumah Tuan Zakiri di Pekan, Pahang. Asalnya beliau ingin tanam rumput cowgrass, tapi kami sarankan untuk tukar kepada rumput karpet Phillipine.

Rumah ini Semi-D corner lot. Jadi memang kena banyak cahaya matahari. Untuk kawasan rumah yang kena banyak cahaya matahari, seeloknya pilih untuk tanam rumput karpet. Kalau nak cantik pilih rumput karpet Jepun.

Sebab apa kami sarankan untuk pilih rumput karpet dan bukannya cowgrass?

Ada 3 sebab utama.

Pertama, rumput karpet senang untuk maintain.

Dari segi penjagaan, rumput karpet tak perlu potong sekerap rumput cowgrass.

Secara amnya, kadar pertumbuhan rumput cowgrass lebih cepat daripada rumput karpet. Jadi, cowgrass perlu dipotong dengan lebih kerap. Sebaiknya rumput cowgrass dipotong paling lewat setiap 3 minggu, manakala untuk rumput karpet paling lewat dipotong setiap 4 minggu.

Jika anda memotong lebih daripada masa yang disarankan, rumput akan menjadi terlalu panjang dan mejadi coklat selepas dipotong.

Tapi ini tak bermakna rumput tak boleh dipotong kerap. Jika anda ingin rumput yang pendek, anda perlu potong rumput dengan kadar yang lebih kerap. Samada seminggu atau 2 minggu sekali.

Kedua, banyak pilihan racun jika laman rumah mula naik rumput liar.

Rumput liar di laman rumah adalah satu salah masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik rumah. Masalah ini boleh diselesaikan dengan meracun. Tapi jangan gunakan racun membuta tuli, sebab tak semua racun yang sesuai untuk digunakan di atas rumput karpet.

Racun ini kami rekemen untuk selesaikan masalah rumput liar yang berdaun lebar. Boleh dikatakan 80% rumput liar akan mati terutamanya yang berdaun lebar.

Boleh hubungi kami untuk dapatkan racun ini. Call 0199173947 (Firdaus).

Ketiga, rumput karpet lebih cantik daripada cowgrass.

Ini memang tak boleh nak dinafikan lagi, rumput karpet memang lebih cantik berbanding rumput cowgrass. Salah satu sebab adalah daun rumput karpet jenis tirus dan tidak lebar seperti cowgrass.

Berbalik kepada rumah Tuan Zakiri tadi, inilah hasil sebelum & selepas kerja-kerja tanam rumput di rumah ini.

Jika anda ingin tukarkan laman rumah anda kepada laman yang hijau sepanjang masa, marilah tanam rumput dengan kami.

Kami akan jaga rumput laman rumah anda selama sebulan & serahkan laman rumah anda dalam keadaan yang hijau In Shaa Allah.

Hubungi kami di talian 0199173947 (Firdaus).

Untuk kerja-kerja tanam rumput, kami cover Kawasan sekitar Kuantan, Pekan dan seluruh Selangor & Kuala Lumpur (KL).

lawncare, tanam rumput

TANAM RUMPUT KARPET & SIMPLE LANDSCAPE DI INDERA SEMPURNA, KUANTAN

Baru-baru ni kami ada dapat job tanam rumput karpet Phillipine di Indera Sempurna, Kuantan.

Kawasan laman kecil sahaja. Tapi sebab takde rumput yang ditanam, so lalang memang seronok la naik kat situ.

Kalau tuan/puan tak nak lalang naik kat laman rumah, tanam lah rumput.

Kemudian, jaga rumput tu. Mesti lalang tak naik dah lepas ni.

Bukan susah sangat nak jaga rumput ni.

kawasan laman rumah selepas diracun

Owner ada request untuk tanam pokok sekali. Sebab dia tak nak nampak kosong laman rumah tu.

Oleh sebab budget owner tak banyak, so kami masukkan pokok-pokok yang simple.

Pokok yang kami tanam adalah Calathea Lutea & pokok Jasmine Thai.

KIta susun dulu pokok-pokok ni

Kalau ada yang tengah mencari pokok-pokok yang sesuai untuk letak dekat tepi pagar tu kan, utk buat tutup pagar/privasi, anda boleh consider untuk gunakan pokok Calathea Lutea ni.

Sebab apa, satu, daun dia besar.  Jadi bila pokok dah fully develop, kawasan pagar tu memang akan boleh ditutup dengan baik.

Lagi satu, pokok ni senang nak tumbuh tau. Cepat membiak pun ya. So tak perlu nak beli terlampau banyak pokok-pokok tu. Tapi kalau terlampau jauh jarak antara pokok tu, memang lambat la nak penuhnya.

Berbalik pada laman rumah yang kami tanam rumput ni, job ni ambil masa sehari nak siap. Lepas siap clearing tanah & masuk pasir, kami pun tanam rumput karpet Phillipine tu.

kerja-kerja mencangkul lubang sedang dijalankan
lepas tu kami kambus terus
Pasir kita mampatkan
Testing dengan sprinkler 360*
Tanam rumput & touch up mana yang perlu
Kerja-kerja masukkan cocopeat
Alhamdulillah siap tanam
Siap juga laman rumah ni
Sebelum balik kita test sprinkler sekali lagi.

Terima kasih tuan rumah gunakan khidmat kami.

Kalau tuan/puan berminat untuk tanam rumput atau buat landskap di laman rumah tuan/puan, boleh berhubung terus dengan kami di talian 0199173947 (Firdaus).

Benefits kalau tanam rumput dengan kami, kami akan berikan :

  1. Warranty rumput mati selama 1 bulan (kalau mati kami repair).
  2. Auto-timer & sprinkler selama 1 bulan (so tak perlu nak siram manual dah).
  3. FREE potong & baja 1x (selepas 1 bulan tanam).

Hubungi kami untuk kami datang site visit & beri quotation untuk tanam rumput di rumah anda.