lawncare, tanam rumput

3 PERKARA YANG BERBEZA ANTARA RUMPUT KARPET PHILLIPINE & KARPET JEPUN

Alhamdulillah kami baru siap tanam rumput karpet Jepun di laman rumah Puan Hazirah di Kotasas, Kuantan.

Puan Hazirah dah lama contact nak tanam rumput dengan kami, tapi sebab rumah masih lagi dalam kerja renovation, beliau hold dulu kerja-kerja tanam rumput.

Selepas siap kerja-kerja renovation rumah beliau, kami pun masuk untuk kerja-kerja tanam rumput karpet.

Untuk rumah ini customer pilih untuk tanam rumput karpet Jepun iaitu rumput yang paling cantik untuk ditanam di laman rumah buat masa ini.

Apa yang membezakan antara rumput karpet Phillipine & karpet Jepun?

Satu, perbezaan warna daun.

Perkara paling ketara antara 2 jenis rumput ini ialah kontra colour yang ada. Rumput karpet Phillipine berwarna hijau muda (light green) manakala rumput karpet Jepun berwarna hijau tua (dark green).

Phillipine (kiri) | Jepun (kanan)

Warna ini adalah warna asas untuk rumput karpet ini. Namun, ada teknik-teknik tertentu yang membolehkan warna rumput ini berubah.

Sebagai contoh pembajaan.

Dengan membaja, kita boleh ubah warna rumput karpet phillipine menjadi lebih gelap.

Baja yang sesuai  digunakan di laman rumah adalah baja Russell 21-12-21.

Kalau anda gunakan baja ini di laman rumah anda, In Shaa Allah anda akan nampak kesannya selepas 2 minggu aplikasi.

Kedua, perbezaan ketara antara rumput karpet Jepun & Phillipine adalah saiz bilah daun.

Bilah daun rumput karpet Phillipine lebih lebar manakala rumput karpet Jepun lebih tirus.

Ada yang bagitahu rumput karpet Phillipine tak sedap nak duduk atas dia sebab tajam & mencucuk-cucuk.

Benar.

Perkara memang benar. Tapi ia berlaku bila mana rumput itu tak dapat nutrient yang cukup & tak dijaga dengan betul. Cara paling mudah nak selesaikan isu ini adalah dengan gunakan baja Russell.

Ketiga, kadar pertumbuhan.

Secara amnya, kadar pertumbuhan rumput karpet lebih perlahan berbanding dengan rumput cowgrass. Jika kita bandingkan antara rumput karpet Phillipine & rumput karpet Jepun pula, pertumbuhan rumput karpet Jepun sedikit perlahan berbanding rumput karpet Phillipine.

Ini adalah sedikit sebanyak perbezaan antara rumput karpet Phillipine & rumput karpet Jepun.

Berbalik kepada laman rumah Puan Hazirah tadi, ini hasil sebelum & selepas kerja-kerja tanam rumput di rumah beliau.

Terima kasih kerana menggunakan khidmat kami.

Jika anda ingin tukarkan laman rumah anda kepada laman yang hijau, marilah tanam rumput bersama-sama dengan kami.

Kami akan berikan :

Warranty rumput mati 1 bulan

Siraman auto selama 1 bulan. (Jadi tak perlu nak siram secara manual)

Penjagaan laman PERCUMA selama 1 bulan

PERCUMA 1x maintenance (potong & baja)

So basically kami akan jaga rumput anda selama sebulan & berikan laman yang hijau kepada anda In Shaa Allah.

Untuk kerja-kerja tanam rumput, kami cover sekitar Kuantan & Pekan Pahang, serta seluruh negeri Selangor & Kuala Lumpur (KL).

Hubungi kami di talian 0199173947 (Firdaus).