Membantu anda mendapatkan laman idaman yang hijau, kemas dan sedap mata memandang sehingga buatkan jiran-jiran anda bercerita tentang kecantikan laman anda
Bulan lepas kami dah tanam rumput karpet Jepun di rumah customer kat Paka, Dungun Terengganu.
Jadi harini kami datang utk site visit melihat hasil selepas 1 bulan tanam
Ini adalah gambar sebulan yang lalu selepas siap tanam.
Alhamdulillah rumput tumbuh dengan baik.
Ini keadaan semasa rumput selepas 1 bulan tanam.
Rumah ini kami dah pasangkan sekali autotimer & pop-up sprinkler untuk mudahkan customer menyiram rumput. Dah ada pop-up sprinkler ni tak lah penat sangat nak siram rumput secara manual.
Video ini kami tunjukkan bagaimana pop-up ini berfungsi.
Cuma ada satu bahagian yang ada defect pada autotimer. Jadi sprinkler tak naik & rumput mati.
Untuk rumput yang mati tu kami gantikan dengan rumput yang baru.
Ini memang ada dalam pakej yang kami berikan di mana kami bagi pelanggan warranty andai kata rumput mati, kami akan gantikan (hanya utk pakej penuh shj).
Ini adalah hasil selepas 1 bulan tanam rumput karpet jepun di sini.
Terima kasih kerana gunakan khidmat kami.
Jika anda ingin tanam rumput, blh berhubung dengan kami utk dapatkan sebut harga.
Ingat lagi tak bulan lepas kami ada tanam rumput di Bukit Raja, Klang?
Kali ini kami datang untuk melihat progress rumput di sini.
Ini keadaan rumput masa kami tinggalkan site ini sebulan yang lalu.
Ini pula keadaan semasa rumput.
Alhamdulillah, rumput Jepun di sini membesar dengan baik.
Seperti mana job-job yang lain, setiap rumah yang tanam rumput dengan kami akan dapat penjagaan rumput utk 1 bulan & 30 hari warranty andai kata rumput itu mati.
Alhamdulillah tiada rumput yang mati di sini.
Jadi mission accomplised.
Boleh buat sesi grounding bersama anak-anak dah lepas ni.
Jika anda ingin tukarkan lalang di laman rumah anda menjadi rumput karpet, boleh hubungi kami di talian 0199173947.
Kami baru sahaja selesai kerja-kerja tanam rumput di rumah customer di Paka, Terengganu.
Ini adalah laman rumah beliau sebelum ditanam rumput.
Luas kan rumah ni?
Total ada dalam 2000sqft. Memang luas.
Utk laman rumah ini customer pilih utk tanam rumput karpet Jepun. Rumput yang paling cantik utk laman rumah.
Satu perbezaan pada laman rumah ini, customer ini minta utk tambahkan pop-up sprinkler & autotimer. Beliau nak ada sistem yang blh mudahkan utk siram rumput di seluruh laman.
Dalam pasaran banyak model & brand utk pop-up sprinkler ini. Kami pilih utk gunakan jenama Rainbird sebab mudah utk gunakan & senang nak maintain parts nya.
Pop up spinkler berfungsi seperti dalam video ini.
Jadi jika nada lihat, laman rumah tak akan nampak serabut sebab sprinkler itu akan terlindung di antara rumput.
Dengan cara ini, kita dapat pastikan rumput dapat disiram & nilai estetik laman hijau itu dapat dikekalkan.
Laman pun nampak kemas bila tiada paip getah atau sprinkler di atas rumput.
Untuk saiz laman yang besar seperti ini, kami ambil masa 3 hari utk disiapkan.
Cabaran kami di sini adalah untuk dapatkan sumber pasir halus. Agak susah nak dapatkannya. Harga barang juga agak mahal di sini.
Alhamdulillah lepas 3 hari kami berjaya siapkan kerja-kerja tanam rumput di rumah ini.
Ini adalah hasil tanam rumput di sini.
Terima kasih buat tuan rumah yang telah menggunakan khidmat kami utk tanam rumput.
Jika anda perlukan khidmat tanam rumput boleh berhubung dengan kami di talian 0199173947.
Alhamdulillah rezeki kali ini kami ke Bandar Bukit Raja Klang, Selangor untuk tanam rumput karpet Jepun di rumah tuan Haziq.
Rumah ini beliau baru siap renovate. Jadi sekarang beliau nak settlekan part terakhir iaitu landskap laman. Proses flow ini lah yang terbaik sebenarnya. Renovate struktur bangunan (luar dan dalam) dahulu kemudian baru uruskan bahagian laman.
Sebaiknya jika anda ingin melakukan renovation pada rumah, settlekan dahulu bahagian bangunan. Dah siap semua baru buat landskap.
Kenapa perlu mcm ini?
Bila adanya kerja-kerja ubahsuai rumah, pasti akan ada tembok dinding & sisa binaan yang perlu diruntuhkan & dibuang. Jadi untuk mengangkut sisa batu-bata ini, kontraktor akan gunakan kereta sorong & lalu di laman rumah anda.
Jika rumput yang dah cantik, pastinya rumput itu akan rosak.
Ini kita belum kira jika kontraktor membuat keputusan untuk longgokkan dulu sisa binaan di laman rumah sementara nak tunggu projek siap hanya sebab nak jimatkan pada kos tong RORO.
Anda boleh bayangkan berapa teruk laman itu nanti betul?
Berbalik kepada laman rumah tuan Haziq tadi, kami datang untuk bersihkan laman ini selepas 2 minggu rumput liar diracun. Kemudian kami masukkan pasir halus & levelkan semula.
Selepas pasir diratakan barulah kami tanam rumput karpet jepun berkenaan.
Inilah hasil selepas rumput siap ditanam.
Kami ada sediakan autotimer & sprinkler untuk tempoh 1 bulan, jadi tuan rumah tidak perlu risau untuk luangkan masa menyiram rumput yang baru ditanam.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Kami serahkan kembali laman rumah ini dalam keadaan lebih baik dari mula kami ambil tempoh hari.
Bulan depan kami akan kembali ke sini untuk lihat progress laman ini.
Semoga rumput karpet Jepun ini hidup dengan segar & mampu menyejukkan mata tuan rumah dengan kehijauan laman yang ada.
Ada lagi geng Bukit Raja Klang yang nak tanam rumput?
Kali ini kami di Ampang, Selangor untuk kerja-kerja tanam rumput di rumah customer. Kawasan laman rumah ini kecil shj dalam 150 sqft. Rumput yang menjadi pilihan adalah rumput karpet Jepun.
Asalnya tanah kat laman rumah ini dah rendah. Kami estimate dah dikorek dalam 2 inch masa kerja-kerja renovation dibuat. Tapi masa kami datang site visit tu dah makin dalam, dah jadi 5-6 inch.
Biasanya untuk kes seperti ini, kami akan lebihkan pasir untuk elakkan air bertakung & memburukkan rupa laman rumah apabila dia menjadi rendah.
Ramai yang ajukan soalan pada kami, ‘boleh ke rumput hidup kalau pasir tebal? Sebab pasir bukannya ada nutrient.’
Untuk menjawab soalan ini, sebenarnya boleh.
Teknik ini dipanggil ‘Sand based turfing’ dan ianya lebih bagus berbanding tanam direct terus ke atas tanah.
Ada 3 sebab kenapa kami lebih suka gunakan teknik ini.
Akar rumput cepat bergerak.
Tanah adalah medium yang baik. Nutrient memang banyak di situ. Tapi keadaan tanah biasanya padat. Bila tanah padat, akar rumput yang baru ditanam susah untuk turun ke dalam tanah. Jadi apabila tak disiram rumput itu, rumput akan menjadi kering & mati sebab akar tak boleh nak dapatkan air.
Untuk perbandingan, akar rumput yang ditanam atas pasir biasanya akan ambil masa dalam 2-3 minggu sahaja untuk lekat dekat tanah. Berbanding dengan tanam direct atas tanah, kami pernah jumpa kes yang mana rumput tak lekat di tanah walaupun dah tanam lebih 2 bulan. Kesnya sebab tiada pasir.
Ini membuktikan akar rumput memang cepat bergerak jika ada medium pasir.
2. Pengudaraan yang lebih baik
Pasir lebih poros berbanding tanah sekaligus menjadikan sistem pengudaraan rumput lebih baik. Bila perkara ini berlaku, segala nutrien, air & oksigen dapat diserap dengan cemerlang oleh akar rumput. Hasilnya, rumput dapat tumbuh dengan lebih baik. Itu yang kita mahukan. Laman yang cantik.
3. Memudahkan proses ‘repair’ rumput
Rumput yang ditanam perlu dijaga. Proses ini dipanggil ‘lawncare’.
Namun, ada kalanya akan berlaku masalah pada rumput. Masalah seperti rumput diserang ulat atau penyakit memang tak boleh dielakkan. Bila rumput menghadapi masalah-masalah seperti ini, ia perlukan masa untuk pulih. Kerana ia berada dalam keadaan stress.
So dengan adanya lapisan pasir yang tebal akan membantu cepatkan proses rumput utk pulih.
Sebab seperti poin yang kedua tadi, pasir membantu memudahkan proses pemnyerapan nutrient, air & oksigen untuk rumput.
Cuba bayangkan jika saat ini kita sedang sakit, tapi tak dapat makanan/nutrient yang cukup. Adakah kita akan sembuh cepat?
Inilah 3 sebab utama kami lebih gemar menggunakan ‘sand based turf’ untuk kerja-kerja tanam rumput.
Dalam siri artikel yang akan datang, kami akan tunjukkan bagaimana hendak pastikan rumput mendapat nutrient yang cukup.
Berbalik kepada rumah di Ampang tadi, inilah hasil selepas siap ditanam rumputnya. Cantik kan rumput Jepun ni?
Kami berikan sekali sprinkler untuk mudahkan urusan tuan rumah menyiram rumput.
Terima kasih kerana menggunakan khidmat kami.
Jika berminat untuk dapatkan khidmat kami untuk tanam rumput, boleh hubungi kami melalui whatsapp wa.me/60199173947 untuk dapatkan sebutharga.
Kami akan berikan sekali warranty rumput & system siraman secara PERCUMA kepada anda.
Untuk kerja-kerja tanam rumput kami cover kawasan berikut :