Baru-baru ni kami ada dapat job tanam rumput karpet Phillipine di Indera Sempurna, Kuantan.
Kawasan laman kecil sahaja. Tapi sebab takde rumput yang ditanam, so lalang memang seronok la naik kat situ.
Kalau tuan/puan tak nak lalang naik kat laman rumah, tanam lah rumput.
Kemudian, jaga rumput tu. Mesti lalang tak naik dah lepas ni.
Bukan susah sangat nak jaga rumput ni.
Owner ada request untuk tanam pokok sekali. Sebab dia tak nak nampak kosong laman rumah tu.
Oleh sebab budget owner tak banyak, so kami masukkan pokok-pokok yang simple.
Pokok yang kami tanam adalah Calathea Lutea & pokok Jasmine Thai.
Kalau ada yang tengah mencari pokok-pokok yang sesuai untuk letak dekat tepi pagar tu kan, utk buat tutup pagar/privasi, anda boleh consider untuk gunakan pokok Calathea Lutea ni.
Sebab apa, satu, daun dia besar. Jadi bila pokok dah fully develop, kawasan pagar tu memang akan boleh ditutup dengan baik.
Lagi satu, pokok ni senang nak tumbuh tau. Cepat membiak pun ya. So tak perlu nak beli terlampau banyak pokok-pokok tu. Tapi kalau terlampau jauh jarak antara pokok tu, memang lambat la nak penuhnya.
Berbalik pada laman rumah yang kami tanam rumput ni, job ni ambil masa sehari nak siap. Lepas siap clearing tanah & masuk pasir, kami pun tanam rumput karpet Phillipine tu.
Terima kasih tuan rumah gunakan khidmat kami.
Kalau tuan/puan berminat untuk tanam rumput atau buat landskap di laman rumah tuan/puan, boleh berhubung terus dengan kami di talian 0199173947 (Firdaus).
Benefits kalau tanam rumput dengan kami, kami akan berikan :
- Warranty rumput mati selama 1 bulan (kalau mati kami repair).
- Auto-timer & sprinkler selama 1 bulan (so tak perlu nak siram manual dah).
- FREE potong & baja 1x (selepas 1 bulan tanam).
Hubungi kami untuk kami datang site visit & beri quotation untuk tanam rumput di rumah anda.